Tahukah anda bahawa penjimatan elektrik paling maksima boleh didapati apabila Power Factor sempurna atau nilai power factor lebih besar terhasil di dalam sistem elektrik di rumah atau premis anda.
Power Factor adalah ukuran sebenar kuasa yang diperlukan (active power) berbanding dengan reactive power. Semakin tinggi Power Factor, semakin kecil reactive power dan semakin jimatlah bil elektrik anda.
Dengan ini kami memperkenalkan kepada anda Produk Inovasi kami untuk Menyelesaikan masalah Penalti Power Factor rendah dan Penjimatan Bil Elektrik anda dengan menggunakan Kaedah Power Factor. Dengan cara Yang SAH & SELAMAT!
Kami juga mempunyai surat pengesahan dari JBE (Jabatan Bekalan Elektrik). Sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Tenaga (ST). Badan kerajaan yang paling penting memantau dan mendapat pengesahan sebelum penggunaan alat-alat elektrik di Malaysia. Dikategorikan sebagai barang bukan kawalan oleh ST.
Power Factor adalah index dari 0 hingga 1 yang digunakan untuk mengukur kecekapan tenaga elektrik. Index yang tinggi menunjukkan tahap penggunaan tenaga yang cekap manakala index yang rendah menunjukkan penggunaan tenaga elektrik tidak digunakan secara cekap.
Index yang rendah akan menyebabkan TNB perlu membekalkan tenaga elektrik yang lebih tinggi bagi membolehkan peralatan di premis-premis dapat berfungsi sepenuhnya. Akibatnya akan memendekkan jangka hayat peralatan elektrik yang sedang digunakan.
Pihak kerajaan melalui suruhanjaya tenaga telah menetapkanpiawaian angkadar kuasa pepasangan elektrik pengguna hendaklah tidak kurang dari 0.85. Ini bererti bahawa tiada sebarang penalti dikenakan terhadap pepasangan sekiranya nilai purata angkadar kuasa adalah 0.85 ke atas.
Walaubagaimanapun, penalti akan dikenakan berdasar kepada kadar dibawah sekiranya purata angkadar kuasa sebulan kurang daripada 0.85.
a) Penalti sebanyak 1.5% daripada jumlah bil semasa bagi setiap 0.01 bahagian
kurang dari angkadar kuasa 0.85 hingga 0.75.
kurang dari angkadar kuasa 0.85 hingga 0.75.
b) Penalti sebanyak 3% daripada jumlah bil semasa bagi setiap 0.01 bahagian
kurang dari angkadar kuasa 0.75.
kurang dari angkadar kuasa 0.75.
CONTOH 1 :
Bagi memahami kaedah Power Factor ini saya akan mewakilkan seekor kuda yang sedang menarik sebuah keretapi diatas landasan seperti di bawah ini :
Untuk memahami apa itu Power Factor, andaikan seekor kuda yang sedang menarik sebuah keretapi di atas landasan. Kuda tersebut hanya boleh menarik keretapi tersebut dari sisi landasan sahaja kerana kuda tidak dapat bergerak lebih pantas di atas landasan.
Ini bermakna kuda tersebut sedang menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai 'total power (apparent) ' untuk menarik keretapi tersebut. Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di atas landasan pula dikenali sebagai 'working power(real) '.
Ini bermakna kuda tersebut sedang menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai 'total power (apparent) ' untuk menarik keretapi tersebut. Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di atas landasan pula dikenali sebagai 'working power(real) '.
Oleh kerana kedudukan kuda tersebut semasa menarik adalah berada di sisi keretapi, maka tidak semua tenaga kuda dapat dioptimumkan, walaupun hakikatnya kuda tersebut telah menggunakan seluruh tenaganya!. Oleh itu pembaziran tenaga kuda berlaku dan pembaziran tersebut adalah‘nonworking power (reactive)'.
Kedudukan iaitu sudut dimana kuda tersebut berada semasa menarikkeretapi tersebut adalah dipanggil Power Factor, dimana ia adalah nisbah antara 'working (real) power' dan 'total (apparent) power'. Formulanya adalah seperti berikut:
Power Factor = Working (Real) Power
Total (Apparent) Power
Sebenarnya semakin hampir kuda tersebut dengan landasan, maka semakin banyaklah tenaga yang dapat digunakan untuk menarik keretapi tersebut. Dengan kata lain semakin kuranglah pembaziran tenaga kuda tersebut.
Oleh yang demikian nilai 'working (real) power' tadi akan semakin menyamai dengan 'total (apparent) power'. Jadi, semakin lama nilai nisbah antara keduanya akan menghampiri kepada 1. Apabila Power Factor menghampiri 1, maka 'reactive (nonworking) power' akan menghampiri kepada 0. Ini bermakna tiada pembaziran langsung pada tenaga kuda tersebut!
CONTOH 2 :
Ø Pihak pembekal tenaga (TNB) memerlukan 10 liter minyak untuk menjana voltan sebanyak 415V (tanpa kehilangan kuasa).
Ø Tetapi disebabkan kehilangan kuasa berlaku di premis pengguna maka pihak pembekal tenaga memerlukan 16 liter minyak untuk menjana 415V.
Ø Maka pihak pembekal tenaga menanggung kerugian sebanyak 3liter minyak dan selebihnya 13liter lagi ditanggung oleh pengguna.
Ø Yang sepatutnya dibayar oleh pengguna ialah 10liter disebabkan kehilangan tenaga berlaku pengguna perlu membayar lebih 3 liter untuk caj penalti.
Contoh pengiraan power factor :
Real Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR
Real power adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.
Power Factor = 100
142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan dipremis anda. 30% lagi tenaga yang dibazirkan!
Dengan Penggunaan ‘Power Factor Correction System’ :
Setiap unit Power Factor Correction ini mengandungi kapasitor yang bertujuan untuk menambahkan tenaga.
Andaikan penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan menggunakankapasitor di dalam Power Factor Correction ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA, (seolah-olah kuda berada paling dekat dengan landasan) maka nilai Power Factor kini adalah:
Power Factor = 100
105
= 0.95 atau 95%
Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di premis anda. Ini bermakna semakin kurang pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum.
Saya ingin bertanya...alat power factor ini hanya berfungsi untuk power factor yg kurang,tetapi jika penggunaan satu rumah power factornya 0.86 adakah ia perlu?lagipun bil kita di kira kwh bkn ampere..so apa keistimewaan alat ini di pasang kat rumah
BalasPadamPower Factor Surcharge civil action against TNB
BalasPadamI am rallying consumers who have this Surcaj Angkadar Kuasa in their TNB bills.
Those who want to join, pls PM me your TNB electricity bill.
kami membayar surcharge tiap bulan.
BalasPadammohon bantuan
Assalammualaikum nk bertanya klu nilai pf jatuh mcm mana nk betulkan? Apakah keberangkalian puncanya...
BalasPadamterima kasih utk peneranagn di atas. jika bacaan adalah --- apa maksud dan tindakan yang perlu diambil? dan jika saya switch-off kesemua suis elektrik akan membantu kiraan berada pada tahap 0.85 ke atas?
BalasPadamApa akan jadi jika power factor menjadi 1,adakah barangan di rumah akan menjadi rosak atau sebaliknya
BalasPadam